Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dalam pemulaan kejadiaan manusia telah dianugerahkan seribu rahmat, sejuta matlamat dan rezeki yang tidak dinafikan oleh manusia serta bermacam nikmat yang lain. Setiap manusia itu mempunyai pelbagai daya pemikiran kisah masa lampau ataupun impian bagi kesenangan perjalanan hidup. Dimana ada jalan disitulah ada ketepatan untuk menerusakan matlamat hidup yang lebih baik berbanding orang lain. Impian yang kadang- kadang tidak terduga oleh akal dan tidak pernah diimpikan menjadi satu realiti hidup amat bermakna di samping kecenderungan minat terhadap bidang- bidang lain. Sering dinafikan akal bahawa manusia adalah suatu makhluk yang unik, boleh berubah apabila diberi kesempatan untuk berubah kerana manusia itu bukan satu-satunya makhluk yang statik tetapi adalah makhluk fleksibel boleh bertahan dalam bermacam- macam situasi. Mengikut pendapat Karen Horney, kanak-kanak sebenarnya sedar (tahu) sama ada kasih sayang dari ibu bapanya sejati ataupun tidak. Kanak-kanak tidak mudah di tipu dengan tingkahlaku palsu untuk menunjukkan kasih sayang. Disini keperluan keselamatan amat diperlukan bagi seorang kanak- kanak untuk bebas daripada rasa takut dan keprluannya juga bergantung kepada keseluruhan bagaimana kanak – kanak di layan oleh ibu bapa. Anne Roe pengalaman kasih sayang antara ibu bapa menghasilkan pembentukan personaliti individu tersebut. Kasih sayang dan kecintaan menyebabkan aku mula menghormati dan suka kepada bantu membantu, oleh itu, layanan gaya layanan ibu bapa yang di terima oleh seseorang individu adalah penting dalam pembentukan orentasi pemilihan kerjaya. Eric Eriksson dalam teori psikososialnya, pada peringkat penghasilan lawan rasa rendah diri, mendapatkan pengalaman baru adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan kerana disini mengasah minda atau mentaliti kepada intelektual dan pengetahuan yang baru.
Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura mengatakan individu yang menjadi ispirasi dan idola turut berperanan menentukan pemilihan kerjaya seseorang individu tersebut ianya mencerminkan motivasi, pengetahuan dan juga personaliti. teori Super pada peringkat ini aku mula melalui proses penerokaan iaitu antara tentatif dan realistik, aku mula menyempitkan pemilihan kerjaya kepada beberapa kemungkinan. Perkara ini di sebabkan oleh ketidakpastian tentang keupayaan, latihan yang di sediakan, peluang pekerjaan dan senarai pemilihan menjadi terhad dan sempit.

No comments:
Post a Comment