Sunday, February 8, 2009

Saturday, February 7, 2009

Desa Tercinta

10. Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.

20. Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.

27. Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah[1183]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

34. Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok[1187]. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Dalam pemulaan kejadiaan manusia telah dianugerahkan seribu rahmat, sejuta matlamat dan rezeki yang tidak dinafikan oleh manusia serta bermacam nikmat yang lain. Setiap manusia itu mempunyai pelbagai daya pemikiran kisah masa lampau ataupun impian bagi kesenangan perjalanan hidup. Dimana ada jalan disitulah ada ketepatan untuk menerusakan matlamat hidup yang lebih baik berbanding orang lain. Impian yang kadang- kadang tidak terduga oleh akal dan tidak pernah diimpikan menjadi satu realiti hidup amat bermakna di samping kecenderungan minat terhadap bidang- bidang lain. Sering dinafikan akal bahawa manusia adalah suatu makhluk yang unik, boleh berubah apabila diberi kesempatan untuk berubah kerana manusia itu bukan satu-satunya makhluk yang statik tetapi adalah makhluk fleksibel boleh bertahan dalam bermacam- macam situasi. Mengikut pendapat Karen Horney, kanak-kanak sebenarnya sedar (tahu) sama ada kasih sayang dari ibu bapanya sejati ataupun tidak. Kanak-kanak tidak mudah di tipu dengan tingkahlaku palsu untuk menunjukkan kasih sayang. Disini keperluan keselamatan amat diperlukan bagi seorang kanak- kanak untuk bebas daripada rasa takut dan keprluannya juga bergantung kepada keseluruhan bagaimana kanak – kanak di layan oleh ibu bapa. Anne Roe pengalaman kasih sayang antara ibu bapa menghasilkan pembentukan personaliti individu tersebut. Kasih sayang dan kecintaan menyebabkan aku mula menghormati dan suka kepada bantu membantu, oleh itu, layanan gaya layanan ibu bapa yang di terima oleh seseorang individu adalah penting dalam pembentukan orentasi pemilihan kerjaya. Eric Eriksson dalam teori psikososialnya, pada peringkat penghasilan lawan rasa rendah diri, mendapatkan pengalaman baru adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan kerana disini mengasah minda atau mentaliti kepada intelektual dan pengetahuan yang baru.
Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura mengatakan individu yang menjadi ispirasi dan idola turut berperanan menentukan pemilihan kerjaya seseorang individu tersebut ianya mencerminkan motivasi, pengetahuan dan juga personaliti. teori Super pada peringkat ini aku mula melalui proses penerokaan iaitu antara tentatif dan realistik, aku mula menyempitkan pemilihan kerjaya kepada beberapa kemungkinan. Perkara ini di sebabkan oleh ketidakpastian tentang keupayaan, latihan yang di sediakan, peluang pekerjaan dan senarai pemilihan menjadi terhad dan sempit.


Demi Masa Manusia Sentiasa Dalam Kerugian

Hari Mendatang Perlu Diteroka

Followers